preparation
preparation 7 minit
cook time
cook time 15 - 30 minit
servings
servings 6-8 orang hidangan
course
course -
cuisine
cuisine -
difficulty
difficulty -

Instructions

Method

  1. Bawang besar diracik halus menggunakan Turbo Chopper

  2. Lobak merah, kentang di potong dadu menggunakan Mando Chef

  3. Daun saderi dan cili banggala dipotong kecil

  4. Panaskan Inspire Fryer bersama sedikit minyak

  5. Setelah panas, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau

  6. Kemudian masukkan pula daging kambing yang telah diperap, sos tiram ,sos tomato ,kicap ,air, sayur sayuran dan kacau rata.

  7. Tutup Inspire Fryer dengan ‘valve’ juga ditutup.Sos dimasak sehingga sayuran menjadi sedikit lembut (10minit)

  8. Setelah itu masukkan pes tepung tadi supaya sos menjadi sedikit pekat.

  9. Perisakan bersama garam, gula dan serbuk lada hitam .Biar seketika dan tutup api.

  10. Racik bawang putih sehingga halus menggunakan Turbo Chopper.

  11. Kemudian masukkan pula majerin dan dan tarik Turbo Chopper untuk beberap ketika supaya kesemua bahan sebati.

  12. Sapukan bahan kisar tadi ke atas roti dan panaskan juga Black Series Fry Pan dengan api sederhana.

  13. Setelah panas, panggang Roti bawang putih anda sehingga kuning keemasan.

  14. Roti bawang putih boleh dicicah bersama Stew Kambing.

Ingredients

  • 5 keping roti putih (dibelah dua)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar majerin
  • 3-4 keping daging kambing dipotong kecil
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam secukupnya
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang lobak merah
  • 2 biji kentang
  • ½ batang daun saderi
  • ½ biji cili banggala
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 6-8 sudu besar kicap manis
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar tepung gandum (dicampur sedikit air supaya menjadi pes)
  • 2 sudu besar minyak
  • Garam, gula dan sebuk lada hitam secukupnya

Related Products

Tupperchef Inspire Saucepan
Tupperchef Inspire Saucepan

Latest Catalog - NovTreats